4 Blog Cinta Yang Menarik Dibaca
Setiap hari semakin banyak blog cinta yang dibangunkan di alam siber.
Ada yang berkongsikan tentang tips-tips cinta, ada yang berkongsikan
tentang pengalaman mereka dalam bercinta, dan ada juga yang hanya letak title blog cinta tetapi artikelnya lebih menceritakan tentang hal peribadi.
Disebabkan terlalu banyaknya blog cinta yang ada di dunia Internet
sekarang ini, di sini saya ingin kongsikan dengan anda 4 buah blog cinta
yang menarik untuk dibaca.
1. Tentang Cinta – Sudah semestinya saya mulakan dengan blog kami ini.
Tentang Cinta adalah sebuah laman web cinta yang diwujudkan oleh dua
orang insan yang menggelarkan diri mereka sebagai, Mr & Mrs Teddy.
Ianya ditubuhkan pada tahun 2006 dan kini ianya merupakan salah sebuah
blog cinta yang menjadi sumber rujukan buat pasangan cinta seperti anda.
Selain daripada blog, Tentang Cinta juga mempunyai komuniti forum mereka sendiri di Forum Tentang Cinta dan turut mengeluarkan ebook mereka di Ebook Tentang Cinta. Untuk mengikuti perkembangan mereka, anda boleh follow di Facebook dan Twitter.
2. Pakar Cinta
– Adalah sebuah blog cinta yang lebih menjuruskan konsep artikel
keindahan cinta dalam Islam. Ianya dibangunkan oleh Tengku Faris Network
pada tahun 2011. Mengikut rekod yang ada di laman mereka, blog Pakar
Cinta ini mempunyai seramai 150,000 pembaca setiap bulan. Satu rekod
yang membanggakan. Pakar Cinta juga turut sentiasa mengemaskini fanpage Facebook dan akaun Twitter mereka dari masa ke semasa.
3. Zon Cinta –
Yang seterusnya adalah blog Zon Cinta. Blog ini dibarisi oleh 3 orang
penulis iaitu Elie, Misz Chinta dan juga Teruna Teruja. Laman blog
ini membuka peluang kepada pembaca untuk bertanyakan masalah dan
meluahkan isi hati mereka dalam permasalahan cinta. Daripada setiap
masalah yang diberikan itu, Zon Cinta akan memberikan pendapat dan
bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pembaca.
4. Ustaz Cinta –
Ha jangan sangka ustaz hanya boleh berikan ceramah di surau atau masjid
saja ya. Di Internet pun ustaz sudah boleh sampaikan pesanan dan
ceramah mereka untuk golongan-golongan muda seperti kita. Ustaz Cinta
diasaskan oleh Ustaz Ubaidillah Alias yang merupakan penulis buku,
penceramah, motivator dan juga seorang blogger. Blog Ustaz Cinta ini
fokus dalam permasalahan cinta dan perhubungan dalam Islam. Ada banyak
artikel soal jawab yang boleh anda baca. Dan kebanyakan artikel itu
memang menjadi masalah yang sering dialami oleh golongan-golongan muda
dalam perhubungan dan percintaan.
Jika anda adalah seorang blogger dan penulis blog cinta, sila hubungi saya untuk dimasukkan dalam senarai blog cinta di sini. Kita sama-sama kembangkan komuniti cinta yang ada di alam siber ini.
4 blog cinta yang menarik dibaca
4 Blog Cinta Yang Menarik Dibaca
Setiap hari semakin banyak blog cinta yang dibangunkan di alam siber. Ada yang berkongsikan tentang tips-tips cinta, ada yang berkongsikan tentang pengalaman mereka dalam bercinta, dan ada juga yang hanya letak title blog cinta tetapi artikelnya lebih menceritakan tentang hal peribadi.
Disebabkan terlalu banyaknya blog cinta yang ada di dunia Internet sekarang ini, di sini saya ingin kongsikan dengan anda 4 buah blog cinta yang menarik untuk dibaca.
1. Tentang Cinta – Sudah semestinya saya mulakan dengan blog kami ini.

Selain daripada blog, Tentang Cinta juga mempunyai komuniti forum mereka sendiri di Forum Tentang Cinta dan turut mengeluarkan ebook mereka di Ebook Tentang Cinta. Untuk mengikuti perkembangan mereka, anda boleh follow di Facebook dan Twitter.
2. Pakar Cinta – Adalah sebuah blog cinta yang lebih menjuruskan konsep artikel keindahan cinta dalam Islam. Ianya dibangunkan oleh Tengku Faris Network pada tahun 2011. Mengikut rekod yang ada di laman mereka, blog Pakar Cinta ini mempunyai seramai 150,000 pembaca setiap bulan. Satu rekod yang membanggakan. Pakar Cinta juga turut sentiasa mengemaskini fanpage Facebook dan akaun Twitter mereka dari masa ke semasa.
3. Zon Cinta – Yang seterusnya adalah blog Zon Cinta. Blog ini dibarisi oleh 3 orang penulis iaitu Elie, Misz Chinta dan juga Teruna Teruja. Laman blog ini membuka peluang kepada pembaca untuk bertanyakan masalah dan meluahkan isi hati mereka dalam permasalahan cinta. Daripada setiap masalah yang diberikan itu, Zon Cinta akan memberikan pendapat dan bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pembaca.
4. Ustaz Cinta – Ha jangan sangka ustaz hanya boleh berikan ceramah di surau atau masjid saja ya. Di Internet pun ustaz sudah boleh sampaikan pesanan dan ceramah mereka untuk golongan-golongan muda seperti kita. Ustaz Cinta diasaskan oleh Ustaz Ubaidillah Alias yang merupakan penulis buku, penceramah, motivator dan juga seorang blogger. Blog Ustaz Cinta ini fokus dalam permasalahan cinta dan perhubungan dalam Islam. Ada banyak artikel soal jawab yang boleh anda baca. Dan kebanyakan artikel itu memang menjadi masalah yang sering dialami oleh golongan-golongan muda dalam perhubungan dan percintaan.
Jika anda adalah seorang blogger dan penulis blog cinta, sila hubungi saya untuk dimasukkan dalam senarai blog cinta di sini. Kita sama-sama kembangkan komuniti cinta yang ada di alam siber ini.
0 komentar:
Posting Komentar